SOALAN LAZIM

BAGAIMANA KAMI DAPAT MEMBANTU ANDA?


Kenapa saya perlu faham Al-Quran?

Al-Quran adalah mukjizat Rasulullah SAW yang diturunkan oleh Allah SWT untuk membimbing umat manusia. Al-Quran juga bukan sekadar untuk dibaca, namun perlu di fahami dan perlu diamalkan kerana ia lengkap untuk dijadikan panduan hidup manusia.

وَلَقَدْ يَسَّرْنَا الْقُرْآنَ لِلذِّكْرِ فَهَلْ مِنْ مُدَّكِرٍ

"Dan demi sesungguhnya! Kami telah memudahkan al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?". [al-Qamar:17]

Ayat ini jelas menunjukkan bahawa Allah SWT suka kepada hambaNya yang sentiasa membaca dan memahami Al-Quran untuk mengambil peringatan dan pelajaran daripada Al-Quran.

Kenapa saya perlu belajar bahasa Arab untuk memahami al-Quran?

Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab. Dengan menguasai bahasa Arab al-Quran, kita dapat memahami maksud ayat al-Quran ketika membaca atau mendengar serta merta tanpa perlu membuat rujukan tambahan.

اِنَّآ اَنْزَلْنٰهُ قُرْاٰنًا عَرَبِيًّا لَّعَلَّكُمْ تَعْقِلُوْنَ

Sesungguhnya Kami menurunkannya sebagai al-Quran berbahasa Arab, agar kamu mengerti. (Surah Yusuf: 2)

Ibnu Katsir saat menjelaskan dari surah Yusuf ayat kedua, bahawa:
"Kerana bahasa Arab adalah bahasa yang paling fasih, paling jelas, paling luas, dan paling banyak mempunyai makna yang menenangkan jiwa."

Kenapa saya perlu gunakan Think Quran? Kan dah ada al-Quran terjemahan?

Al-Quran terjemahan adalah sumber rujukan yang sangat baik untuk memahami isi kandungan al-Quran tetapi adalah sukar untuk kita mengingat terjemahan keseluruhan al-Quran. Bagi memahami al-Quran setiap masa tanpa sebarang rujukan kita perlu belajar bahasa Arab al-Quran. Think Quran menyediakan kaedah yang berkesan bagi mempelajari bahasa Arab al-Quran.

Think Quran memfokuskan pada kosa kata yang sering digunakan dalam al-Quran, membuatkan pembelajaran lebih mudah dan berkesan. Anda juga dapat melihat tahap penguasaan setiap kosa kata yang dipelajari secara visual, membantu dalam memupuk ingatan jangka panjang. Selain itu, Think Quran juga menyediakan pembelajaran melalui lesson-lesson pendek yang mudah difahami.

SOALAN UMUM

Think Quran sesuai digunakan oleh SEMUA peringkat umur kerana kaedah pembelajaran yang disediakan ringkas tetapi berkesan. Anda hanya perlu tahu membaca al-Quran untuk mula menggunakan Think Quran.
Tidak perlu mempunyai asas bahasa Arab. Think Quran direka khusus untuk golongan yang tiada asas bahasa Arab.
Kaedah pembelajaran yang disediakan di Think Quran membantu pengguna yang mempunyai asas bahasa Arab untuk mengingat kembali perkataan yang pernah dipelajari, terutamanya perkataan daripada al-Quran itu sendiri.
Al-Quran terdiri daripada 77,429 patah perkataan. Yang menariknya, apabila setiap perkataan ini dikira, didapati ada banyak perkataan yang diulang-ulang. Hanya dengan mengingat 900 perkataan sahaja, 80% daripada al-Quran sudah dapat difahami. Keunikan Think Quran adalah menjadikan keseluruhan proses pembelajaran bahasa Arab al-Quran mudah dan berkesan dengan memfokuskan kepada mempelajari dan mengingat perkataan yang kerap berulang.
Matlamat utama kaedah Think Quran agar pengguna dapat memahami 80% daripada al-Quran apabila mereka membaca atau mendengar al-Quran.
Selain itu, pembelajaran di Think Quran dapat dilakukan di mana-mana mengikut waktu dan keselesaan kita sendiri.
Bergantung kepada setiap individu, kami mensasarkan 6 bulan untuk menguasai semua 900 perkataan sekiranya topik/latihan dilakukan setiap hari secara berterusan.
Ya sudah tentu. Think Quran akan memberikan panduan tentang apa yang patut dipelajari dan memberi laporan secara terperinci tentang prestasi setiap perkataan yang telah dipelajari. Ini membantu pengguna fokus dan belajar dengan lebih berkesan.
Kebanyakan aplikasi al-Quran adalah bertujuan untuk membaca al-Quran dengan menggunakan gajet. Manakala Think Quran pula bertujuan untuk mempelajari dan mengingati bahasa Arab al-Quran mengikut kosa kata dan perkataan yang kerap berulang dari al-Quran.
“Satu perkara yang dapat mengubah kehidupan anda selama-lamanya adalah memahami bahasa al-Quran”
Apabila al-Quran difahami, hati akan seronok membaca mushaf dan mendengar bacaan al-Quran. Diri akan mula jatuh cinta dengan al-Quran. Mendengar dan memahami al-Quran akan memberi satu ketenangan yang tidak dapat digambarkan.
Masa yang digunakan bagi membaca dan memahami al-Quran juga tidak terasa. Isi kandungan al-Quran dapat dihayati. Ringan untuk mencari lagi ilmu berkaitan Al-Quran.
“(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), -Kitab yang penuh barokah, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya.” (Sad:29)
Membaca, memahami dan mengamalkan al-Quran adalah sangat penting agar kita mendapat petunjuk, dibimbing dan segala apa yang kita miliki termasuk harta, keluarga dan masa mendapat barakah serta mendapat kejayaan di dunia dan akhirat, in shaa Allah.
1. Klik app.thinkquran.com untuk buka Think Quran.
2. Lengkapkan topik pertama yang disediakan.
3. Kemudian, daftar akaun Think Quran.
4. Teruskan dengan pembelajaran seterusnya.

BERKAITAN PRODUK

  • Google Chrome untuk pengguna Android.
  • Safari untuk pengguna iOS.
Anda juga boleh muat turun Think Quran di skrin utama peranti anda. Sila ikut langkah mudah seperti dalam video. (link to the video)
Think Quran boleh digunakan sepenuhnya pada telefon bimbit, komputer riba dan tablet.
Ya, sambungan Internet yang kuat dan stabil diperlukan semasa menggunakan Think Quran.

BERKAITAN LESSONS

Ya. Anda boleh memilih bahasa pilihan yang tersedia, Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris, seperti cara berikut :
1. Buka Profil.
2. Klik pada Tetapan.
3. Seterusnya, klik pada Bahasa Pembelajaran dan pilih bahasa pilihan anda.
4. Klik Kemas Kini.
Anda dikehendaki menghabiskan semua pelajaran sebelum buka pelajaran yang seterusnya. Dan bagi memastikan pembelajaran yang efektif, anda perlu memastikan perkataan berstatus “Baru” atau “Lemah” tidak melebihi 20. Sekiranya ini berlaku, anda dikehendaki melakukan praktis sehingga perkataan menjadi “Bagus” atau “Mahir”.
Anda perlu melakukan latihan dan menjawab soalan bagi perkataan tersebut dengan betul secara kerap untuk mengubah status perkataan daripada “Baru” kepada “Mahir”. Dan sekiranya kesalahan terhadap perkataan tersebut kerap dilakukan, status boleh bertukar kepada “Bagus” dan “Lemah”.

BERKAITAN PLUS

1) Topik perkataan tanpa had.
2) Semak kesalahan yang dilakukan.
3) Menikmati sesi pembelajaran tanpa gangguan iklan.
Anda boleh mendapatkan Think Quran PLUS pada hanya RM399 untuk seumur hidup.
1. Klik pada tab PLUS di bawah skrin.
2. Seterusnya, klik Naik Taraf Ke PLUS.
3. Klik Bayar dan lengkapkan proses pembayaran.
Boleh. Anda boleh menukarkan Log Masuk ID Think Quran PLUS and dengan emel yang lain dengan cara kemaskini emel anda :
1. Buka Profil.
2. Klik pada Tetapan.
3. Seterusnya, klik butang kotak disebelah alamat emel anda.
4. Masukkan alamat emel yang terbaru, klik Kemas Kini.
5. Kini anda boleh log masuk menggunakan emel yang terbaru menggunakan kata laluan sedia ada.
Ya. Anda boleh set semula akaun Think Quran Plus anda :
1. Buka Profil.
2. Klik pada Tetapan.
3. Seterusnya, pergi ke bahagian Privasi & klik Set Semula Akaun.

*Peringatan : Sekiranya akaun anda telah diset semula, akan akan kehilangan semua perkembangan dan pencapaian anda. Namun, status PLUS akaun anda (jika ada) masih kekal.
Ya. Anda boleh padam akaun Think Quran Plus anda :
1. Buka Profil.
2. Klik pada Tetapan.
3. Seterusnya, pergi ke bahagian Privasi & klik Padam Akaun.

*Peringatan*
Tindakan ini akan memadamkan semua data anda yang disimpan oleh Think Quran. Anda akan kehilangan :
  • Rekod pembelajaran;
  • Pencapaian;
  • Butiran peribadi (nombor telefon, e-mel dll); dan
  • PLUS anda akan dipadamkan tanpa sebarang bayaran balik.
Setelah selesai, tindakan ini tidak boleh diubah. Anda mempunyai tempoh penangguhan selama 30 hari. Untuk mengakses semula akaun, sila log masuk ke akaun anda.
Ya. Setelah anda padamkan akaun sebelum ini, anda boleh mendaftar menggunakan alamat email yang sama, tanpa keistimewaan akaun PLUS (kepada pengguna PLUS).
‘Derma Think Quran PLUS’ merupakan inisiatif Think Quran untuk memberi peluang kepada pengguna PLUS yang lain untuk meng’infaq akaun PLUS kepada pengguna biasa. Caranya adalah :
1. Tekan tab PLUS.
2. Tatal ke atas & pilih jumlah penerima.
3. Klik Bayar & lengkapkan proses pembayaran.

Penerima ‘Derma Think Quran PLUS’ akan dipilih secara rawak.
‘Hadiahkan Think Quran PLUS’ merupakan inisiatif Think Quran untuk memberi peluang kepada pengguna PLUS yang lain untuk meng’infaq akaun PLUS kepada orang yang dikenali. Caranya adalah :
1. Tekan tab PLUS.
2. Tatal ke atas & klik ‘Hadiahkan PLUS kepada orang yang saya kenali’.
3. Masukkan alamat emel penerima, dan klik Hantar.
4. Kemudian, klik Teruskan Pembayaran dan lengkapkan proses pembayaran.
Ya. Klik pada Profil di bahagian bawah paparan skrin. Anda akan lihat jumlah penerima PLUS dan total perkataan yang telah dipelajari pada bahagian tengah paparan skrin.
Think Quran PLUS tidak boleh dikongsi oleh orang lain kerana Think Quran akan mengenal pasti kalimah yang sudah dipelajari, kekuatan daya ingatan dan latihan yang sesuai mengikut kesesuaian individu tersebut agar dapat tercapai.

SOALAN KHUSUS

Sila pastikan Log Masuk ID dan kata laluan anda adalah betul. Anda juga memerlukan sambungan Internet untuk mendaftar masuk.
Sila ikut langkah seperti dibawah :
1. Klik pada Lupa Kata Laluan.
2. Masukkan alamat emel, seterusnya klik Hantar Emel.
3. Anda akan terima emel untuk set semula kata laluan.
4. Klik pada pautan dalam emel tersebut, seterusnya set kata laluan baru.
5. Log masuk semula menggunakan kata laluan baru.

BERKAITAN XP

XP adalah mata ganjaran. Anda boleh mengumpul XP dengan cara melengkapkan topik, melakukan latihan, melengkapkan ‘Pencarian Kata’ dan menyemak kesalahan.
Jumlah XP yang terkumpul memberi peluang kepada anda untuk bersaing dalam liga Think Quran dengan pengguna yang lain.
Dua XP akan diberikan untuk setiap jawapan yang betul.
Klik pada Profil di bahagian bawah paparan skrin. Anda akan lihat jumlah XP terkumpul pada bahagian tengah paparan skrin.
Tiada tarikh luput bagi jumlah XP yang terkumpul. Namun, XP anda akan bermula daripada kosong, setiap minggu.
‘Pencarian Kata’ adalah satu bentuk ganjaran yang diberikan kepada pengguna. Pengguna perlu melakukan sebanyak mungkin topik dan latihan, serta menjawab soalan dengan betul bagi mendapatkan satu huruf untuk melengkapkan satu perkataan. Setiap satu perkataan akan diberikan 100XP.

Huruf tersebut akan muncul secara rawak semasa anda melakukan topik/latihan.

Setiap perkataan dalam ‘Pencarian Kata’ merupakan perkara yang disebut dalam al-Quran. ‘Koleksi Pencarian’ Kata anda akan dipaparkan di bahagian Profil anda.
Anda tidak boleh memindahkan XP anda kepada pengguna lain.
Boleh. Pengguna tanpa akaun PLUS boleh melakukan sebanyak mungkin latihan untuk mengumpul XP, sekaligus dapat merebut kedudukan dalam liga.

BERKAITAN LIGA

Pengguna perlu mengumpul minimum 10XP bagi menyertai liga, serta melengkapkan topik dan melakukan lebih latihan untuk merebut kedudukan dalam liga.
Kedudukan liga Think Quran akan di set semula pada setiap minggu pada hari Ahad.
Kuasa XP adalah ganjaran yang akan diberikan kepada pengguna yang melakukan enam aktiviti termasuk topik/latihan/semakan dalam tempoh 24 jam.

Bagi setiap aktiviti yang dilakukan dalam tempoh satu jam yang diberikan, Power Up akan menggandakan XP yang anda peroleh sebanyak dua kali ganda bagi setiap jawapan yang betul.

TROUBLESHOOTING

  1. Semak manual peranti atau pembekal perkhidmatan Internet anda untuk memulihkan sambungan Internet anda.
  2. Semak kemaskini perisian.
    1. Untuk pengguna Android, buka Tetapan, cari kemaskini perisian dan klik Kemas Kini. Sekiranya ada kemas kini terbaru, ia akan terpapar dan anda boleh terus muat turun dan 'install'. Pada Google Play, klik pada 'My Apps' & Games. Sekiranya ada kemaskini untuk aplikasi Think Quran, sila teruskan dengan muat turun dan kemaskini tersebut.
    2. Untuk pengguna iOS, buka Setting, klik pada 'General' dan 'Software Update'. Muat turun dan install aplikasi terbaru dalam kemaskini iOS tersebut. Seterusnya, pergi ke App Store dan kemaskini terbaru untuk aplikasi Think Quran.
    3. Untuk pengguna website, muat semula halaman tersebut / refresh.
  3. Buka/Lancar Semula Aplikasi.
    1. Untuk Android, tekan butang aplikasi terbaru dan cari Think Quran. Leret ke sebelah untuk menutup aplikasi dan buka/lancarkan semula aplikasi tersebut.
    2. Untuk iOS, tekan dua kali pada butang Rumah dan cari Think Quran. Leret ke atas untuk menutup aplikasi, seterusnya buka/lancarkan semula aplikasi tersebut.
  4. Pemasangan Semula Aplikasi.
    1. Untuk Android, buka Google Play, cari Think Quran dan tekan pada aplikasi tersebut. Tekan pada Nyahpasang dan tunggu sehingga selesai. Pasang-semula aplikasi tersebut dan tunggu sehingga selesai.
    2. Untuk iOS, tekan dan tahan pada ikon Think Quran sehingga keluar paparan X pada bahagian atas kiri ikon tersebut. Padamkan aplikasi. Cari Think Quran dan pasang-semula aplikasi tersebut. Apabila selesai, tekan pada butang 'Open'.