Terma dan Syarat Think Quran



1. Syarat Umum
Dengan mengakses dan menggunakan Think Quran, anda telah disahkan bahawa anda bersetuju dan terikat dengan terma perkhidmatan yang terkandung dalam Terma & Syarat seperti yang digariskan di bawah. Terma ini terpakai terhadap keseluruhan laman web / aplikasi dan sebarang emel, atau saluran komunikasi yang lain antara anda dan Think Quran.

2. Kebenaran
Think Quran memberi anda kebenaran yang boleh dibatalkan, tidak eksklusif, tidak boleh dipindah milik, kebenaran yang terhad untuk muat turun, dan menggunakan laman web / aplikasi, dengan mengikut terma dalam Perjanjian ini. Terma & Syarat ini adalah perjanjian antara anda dan Think Quran (di dalam Terma & Syarat ini dirujuk sebagai "Think Quran", "kami"), yang menyediakan laman web / aplikasi Think Quran dan perkhidmatan yang boleh diakses daripada laman web / aplikasi Think Quran (yang secara kolektif dirujuk sebagai "Perkhidmatan Think Quran" dalam Terma & Syarat ini). Anda telah bersetuju untuk terikat dengan Terma & Syarat ini. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan Terma & Syarat ini, sila jangan gunakan Perkhidmatan Think Quran. Di dalam Terma & Syarat ini, "anda" merujuk kepada anda sebagai individu dan kepada entiti yang anda wakili. Sekiranya anda melanggar mana-mana daripada Terma & Syarat ini, kami berhak untuk membatalkan akaun anda atau menyekat akses anda tanpa notis.

3. Maksud
Bagi Terma & Syarat ini:
a) Cookies : Sejumlah kecil data yang diperoleh daripada laman web dan disimpan di dalam laman pelayar anda. Ia digunakan untuk mengenal pasti pelayar anda, menyediakan analisis, mengingat maklumat berkenaan anda seperti bahasa pilihan anda atau maklumat log masuk.
b) Syarikat : Apabila polisi ini menyebut "Syarikat", "kami", ini merujuk kepada Think Quran yang bertanggungjawab atas maklumat anda di bawah Terma & Syarat ini.
c) Negara : Tempat asal Think Quran atau pemilik/pengasas nya, dalam hal ini merujuk kepada Malaysia.
d) Peranti : Mana-mana peranti yang mempunyai sambungan Internet, seperti telefon bimbit, tablet, komputer,atau peranti lain yang boleh digunakan untuk mengakses Think Quran dan menggunakan perkhidmatannya.
e) Perkhidmatan : Merujuk kepada perkhidmatan yang disediakan oleh Think Quran seperti yang dihuraikan dalam bentuk relatif (jika tersedia) dan atas platform ini.
f) Perkhidmatan Pihak Ketiga : Merujuk kepada pengiklan, penaja pertandingan, rakan promosi dan pemasaran, dan mereka yang menyediakan kandungan kepada kami, produk atau perkhidmatan yang kami rasa mungkin menarik minat anda.
g) Laman Web : Laman Think Quran yang boleh diakses melalui URL berikut : thinkquran.com/
h) Anda : Individu atau entiti yang mendaftar dengan Think Quran untuk menggunakan Perkhidmatannya.

4. Sekatan
Anda telah bersetuju untuk tidak, dan anda tidak akan membenarkan pihak lain untuk :
a) Melesenkan, menjual, menyewa, memajak, menyerah hak, mengedar, menghantar, mengacara, penyumberan luar, mendedahkan, atau mengeksploitasi secara komersial laman web / aplikasi ini atau membuat platform ini tersedia untuk pihak ketiga.
b) Mengubahsuai, menerbitkan, menguraikan, menyahsulitkan, menyusun terbalik, atau “reverse engineer” di mana-mana bahagian pada laman web / aplikasi.
c) Mengeluarkan, mengubah, atau menghalang sebarang notis proprietari (termasuk sebarang notis hak milik atau tanda dagangan) Think Quran atau rakan kerjasamanya, rakan kongsi, pembekal, atau pemberi lesen laman web / aplikasi Think Quran.

5. Policy Pemulangan dan Pembayaran Balik
Tiada pemulangan wang dan pembayaran balik daripada sebarang pembelian Think Quran.

6. Cadangan Anda
Sebarang maklum balas, komen, idea, penambahbaikan, atau cadangan (secara kolektifnya : "Cadangan") yang diberikan oleh anda untuk laman web / aplikasi Think Quran akan kekal sebagai hak milik tunggal dan eksklusif Think Quran. Think Quran bebas menggunakan, menyalin semula, mengubahsuai, menerbitkan, atau mengeluarkan semula cadangan tersebut untuk sebarang tujuan tanpa memberikan sebarang kredit atau pampasan kepada anda.

7. Persetujuan Anda
Kami telah mengemaskini Terma & Syarat untuk memberikan anda ketelusan yang lengkap berkenaan apa yang telah ditetapkan apabila anda melayari laman kami dan bagaimana ia digunakan. Dengan menggunakan laman web / aplikasi kami, mendaftar akaun, atau membuat pembelian, anda telah bersetuju kepada Terma & Syarat kami.

8. Pautan ke Laman Web Lain
Terma & Syarat ini hanya tertakluk kepada Perkhidmatan ini. Perkhidmatan ini mungkin mengandungi pautan ke laman web lain yang bukan dikendalikan atau dikawal oleh Think Quran. Kami tidak bertanggungjawab atas kandungan, ketepatan atau pendapat yang dinyatakan di laman web tersebut, dan laman web tersebut tidak disiasat, dipantau, atau disemak untuk ketepatan dan kesempurnaannya oleh kami. Peringatan sekiranya anda menggunakan pautan tersebut untuk ke laman web lain menerusi Perkhidmatan kami, Terma & Syarat kami tidak lagi terpakai. Interaksi dan pelayaran anda pada laman web lain, termasuklah yang terdapat pautan pada platform kami, tertakluk kepada peraturan dan polisi laman web tersebut. Pihak ketiga tersebut mungkin menggunakan cookies atau cara lain untuk mengumpulkan maklumat tentang anda.

9. Cookies
Think Quran menggunakan "Cookies" untuk mengenal pasti bahagian di laman web kami yang telah anda lawati. Cookies merupakan sebahagian kecil data yang disimpan pada komputer atau peranti mudah alih anda oleh pelayar web anda. Kami menggunakan Cookies untuk meningkatkan prestasi dan fungsi laman web / aplikasi kami, tetapi bukan asas kegunaannya. Walau bagaimanapun, tanpa Cookies ini, beberapa fungsi seperti video tidak akan tersedia atau anda akan diminta untuk memasukkan maklumat log masuk setiap kali anda melawati laman web / aplikasi, kerana kami tidak dapat menyimpan log masuk anda sebelum ini. Kebanyakan pelayar web boleh diset untuk nyahaktifkan penggunaan Cookies. Walau bagaimanapun, sekiranya anda nyahaktifkan Cookies, anda mungkin tidak dapat mengakses fungsi di laman web kami dengan betul atau tidak boleh langsung. Kami tidak akan meletakkan “Kenal pasti Maklumat Secara Peribadi” di Cookies.

10. Perubahan Terma & Syarat
Anda mengakui dan bersetuju bahawa Think Quran akan menghentikan (secara kekal atau sementara), menyediakan perkhidmatan ini (atau mana-mana ciri dalam perkhidmatan ini) untuk anda atau pengguna lain secara umum tanpa memberi notis awal kepada anda. Anda boleh menamatkan penggunaan perkhidmatan ini pada bila-bila masa. Anda tidak perlu memaklumkan kepada Think Quran apabila anda berhenti menggunakan perkhidmatan ini. Anda mengakui dan bersetuju sekiranya Think Quran menyahaktifkan akses terhadap akaun anda, anda akan terhalang daripada mengakses perkhidmatan ini, maklumat akaun anda atau sebarang fail atau bahan lain yang terkandung dalam akaun anda. Sekiranya kami mengambil keputusan untuk mengubah Terma & Syarat kami, kami akan mengumumkan perubahan tersebut di laman ini, dan/atau mengemaskini tarikh perubahan Terma & Syarat dibawah.

11. Pengubahsuaian pada Laman Web / Aplikasi
Think Quran berhak untuk mengubahsuai, menangguhkan atau menghentikan, secara sementara atau kekal, laman web / aplikasi atau sebarang perkhidmatan yang berhubungkait, dengan atau tanpa notis dan tanpa liabiliti kepada anda.

12. Perubahan Terma
Dari masa ke semasa, Think Quran akan melakukan penambahbaikan terhadap ciri/fungsi pada laman web / aplikasi kami, yang mungkin melibatkan patches, membetulkan pepijat, kemas kini, naik taraf, dan pengubahsuaian yang lain ("Kemas kini"). Kemas kini akan mengubah atau memadamkan beberapa ciri dan/atau fungsi laman web / aplikasi kami. Anda telah bersetuju bahawa Think Quran tidak wajib untuk (i) menyediakan sebarang Kemas kini, atau (ii) berterusan menyediakan atau membolehkan sebarang ciri dan/atau fungsi pada laman web aplikasi kami kepada anda. Anda seterusnya bersetuju bahawa semua Kemas kini akan (i) dianggap membentuk bahagian yang berkaitan dengan laman web / aplikasi, dan (ii) tertakluk kepada terma dan syarat Perjanjian ini.

13. Perkhidmatan Pihak Ketiga
Kami akan memaparkan, memasukkan, atau menyediakan kandungan daripada pihak ketiga (termasuk data, informasi, aplikasi, serta lain-lain produk perkhidmatan) atau menyediakan pautan ke laman web atau perkhidmatan pihak ketiga ("Perkhidmatan Pihak Ketiga"). Anda mengakui dan bersetuju bahawa Think Quran tidak akan bertanggungjawab untuk mana-mana Perkhidmatan Pihak Ketiga, termasuk ketepatan, kelengkapan, ketepatan masa, kesahihan, pematuhan hak cipta, kesahihan di sisi undang-undang, kesopanan, kualiti, atau mana-mana aspek lain daripadanya. Think Quran tidak mengandaikan dan tidak akan mempunyai sebarang liabiliti atau bertanggungjawab terhadap anda, individu atau entiti lain untuk Perkhidmatan Pihak Ketiga. Perkhidmatan Pihak Ketiga dan pautan kepadanya disediakan semata-mata untuk memberi kemudahan kepada anda, dan anda mengakses dan menggunakannya secara menyeluruh atas risiko anda sendiri serta tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak ketiga.

14. Terma dan Penamatan
Perjanjian ini akan kekal terpakai sehingga ditamatkan oleh anda atau Think Quran. Think Quran dibolehkan, dalam budi bicaranya, pada bila-bila masa dan untuk apa-apa atau tanpa sebab, menangguhkan atau menamatkan perjanjian ini dengan atau tanpa memberi notis awal. Perjanjian ini akan ditamatkan serta-merta, tanpa notis awal daripada Think Quran, sekiranya anda gagal untuk mematuhi mana-mana peruntukan Perjanjian ini. Anda juga boleh menamatkan Perjanjian ini dengan memadam laman web / aplikasi dan semua salinan yang berkaitan daripada komputer anda. Apabila Perjanjian ini ditamatkan, anda hendaklah menghentikan semua penggunaan laman web / aplikasi dan memadamkan semua salinan laman web / aplikasi ini daripada komputer anda. Penamatan Perjanjian ini tidak akan menghadkan mana-mana hak Think Quran atau remedi di sisi undang-undang dalam ekuiti sekiranya anda melanggarnya (selama dalam tempoh Perjanjian ini) mana-mana kewajipan anda di bawah Perjanjian ini.

15. Notis Pelanggaran Hak Cipta
Sekiranya anda adalah pemilik hak cipta atau ejen kepada pemilik tersebut dan percaya bahawa mana-mana bahan dalam laman web / aplikasi kami merupakan pelanggaran hak cipta anda, sila hubungi kami beserta dengan maklumat seperti berikut : (a) tandatangan fizikal atau elektronik pemilik hak cipta atau individu yang diberi kuasa untuk bertindak bagi pihaknya; (b) pengenalan bahan yang didakwa telah melanggar hak cipta; (c) maklumat untuk dihubungi, termasuklah alamat, nombor telefon, dan alamat emel; (d) kenyataan anda yang menunjukkan anda yakin bahan yang digunakan tidak diberi kuasa oleh pemilik hak cipta; dan (e) kenyataan bahawa maklumat dalam pemberitahuan itu adalah tepat, dan, di bawah hukuman sumpah palsu anda diberi kuasa untuk bertindak sebagai wakil pemilik.

16. Indemnifikasi
Anda bersetuju untuk mengindemfikasi dan menahan daripada membuat tuntutan terhadap Think Quran dan juga syarikat induk, anak syarikat, rakan kerjasama, pegawai, pekerja, ejen, rakan kongsi, pemberi lesen (jika ada) yang tidak memudaratkan dari sebarang tuntutan atau permintaan, termasuk bayaran peguam yang munasabah, disebabkan atau timbul daripada anda: (a) menggunakan laman web / aplikasi ini; (b) melanggar Perjanjian ini atau mana-mana undang-undang atau peraturan; (c) melanggar mana-mana hak pihak ketiga.

17. Tiada Jaminan
Laman web / aplikasi ini disediakan untuk anda "seperti mana" dan "seperti yang boleh didapati" dan tanpa sebarang jaminan bebas daripada kerosakan dan kecacatan. Di bawah undang-undang terpakai pada tahap maksimum, Think Quran, bagi pihaknya sendiri serta masing-masing dan mewakili rakan kerjasamanya dan pemberi lesen dan penyedia perkhidmatan, dengan jelasnya menafikan semua jaminan secara jelas, tersirat, berkanun atau sebaliknya, terhadap laman web / aplikasi, termasuk semua jaminan yang tertakluk kepada kebolehan dagangan, kesesuaian untuk tujuan tertentu, subjek dan bukan pelanggaran, dan jaminan yang berbangkit disebabkan berurusan, prestasi, penggunaan atau amalan perdagangan. Tanpa terhad kepada perkara di atas, Think Quran tidak memberikan jaminan atau aku janji, dan tiada sebarang representasi bahawa laman web / aplikasi ini akan memenuhi keperluan anda, mencapai sebarang keputusan yang diharapkan, serasi dan berfungsi dengan software lain, sistem, atau perkhidmatan, beroperasi tanpa gangguan, memenuhi mana-mana prestasi atau standard kebolehpercayaan atau bebas kesalahan atau kecacatan yang boleh atau akan diperbetulkan. Tanpa terhad kepada perkara di atas, bukan Think Quran mahupun mana-mana penyedia Think Quran membuat sebarang representasi atau apa-apa jaminan, jelas atau tersirat : (i) mengenai operasi atau ketersediaan laman web / aplikasi, atau maklumat, kandungan, dan bahan atau produk termasuk di dalamnya; (ii) bahawa laman web / aplikasi ini tiada gangguan atau bebas kesalahan; (iii) mengenai ketepatan, kebolehpercayaan, atau sebarang maklumat semasa atau kandungan yang disediakan menerusi laman web / aplikasi; atau (iv) bahawa laman web / aplikasi, servernya, kandungan atau emel yang dihantar melalui atau bagi pihak Think Quran adalah bebas dari virus, scripts, trojan horses, worms, malware, timebombs atau komponen lain yang berbahaya. Sesetengah bidang kuasa tidak membenarkan pengecualian ke atas atau pengehadan ke atas jaminan tersirat atau had ke atas hak berkanun pengguna yang terpakai, maka beberapa atau semua pengecualian dan had di atas tidak terpakai ke atas anda.

18. Limitation of Liability
Notwithstanding any damages that might incur, the entire liability of Think Quran and any of its suppliers under any provision of this Agreement and your exclusive remedy for all the foregoing shall be limited to the amount actually paid by you for the website/app. To the maximum extent permitted by applicable law, in no event shall Think Quran or its suppliers be liable for any special, incidental, indirect, or consequential damages whatsoever (including, but not limited to, damages for loss of profits, for loss of data or other information, for business interruption, for personal injury, for loss of privacy arising in any way related to the use of or inability to use the website/app, third-party software and/or third-party hardware used with the website/app, or otherwise in connection with any provision of this Agreement), even if Think Quran or any supplier has been advised of the possibility of such damages and even if the remedy fails of its essential purpose. Some states/jurisdictions do not allow the exclusion or limitation of incidental or consequential damages, so the above limitation or exclusion may not apply to you.

19. Kebolehpisahan
Sekiranya ada peruntukan di dalam Perjanjian ini dianggap tidak boleh dikuatkuasakan atau tidak sah, peruntukan tersebut akan diubah dan diterjemahkan untuk mencapai objektif peruntukan tersebut seluas mungkin di bawah undang-undang terpakai dan peruntukan selebihnya akan terus berkuatkuasa dan terpakai sepenuhnya. Perjanjian ini, bersama-sama dengan Dasar Privasi dan mana-mana notis undang-undang lain yang diterbitkan oleh Think Quran pada perkhidmatan ini, akan membentuk keseluruhan perjanjian antara anda dan Think Quran berkenaan dengan Perkhidmatan ini. Sekiranya mana-mana peruntukan dianggap tidak sah oleh bidang kuasa mahkamah yang kompeten, ketidaksahan peruntukan tersebut tidak akan mempengaruhi kesahihan peruntukan yang selebihnya di dalam Perjanjian ini, yang akan terus berkuatkuasa dan terpakai seluruhnya. Tiada pengecualian sebarang terma dalam Perjanjian ini dianggap sebagai tambahan atau terma tersebut dikecualikan berterusan atau mana-mana terma lain dan kegagalan Think Quran untuk menegaskan mana-mana hak atau peruntukan di bawah Perjanjian ini tidak akan membentuk pengecualian hak atau peruntukan tersebut. ANDA DAN THINK QURAN BERSETUJU BAHAWA SEBARANG PERKARA BERBANGKIT ATAU BERHUBUNGKAIT DENGAN PERKHIDMATAN MESTILAH DISELESAIKAN DALAM TEMPOH SATU (1) TAHUN SELEPAS PUNCA TINDAKAN DIAKRU. JIKA TIDAK, PUNCA TINDAKAN TERSEBUT AKAN DIHALANG SECARA KEKAL.

20. Pengecualian
Selain daripada yang diperuntukkan di sini, kegagalan untuk melaksanakan hak atau keperluan melaksanakan suatu kewajipan dibawah Perjanjian ini tidak akan menjejaskan kemampuan mana-mana pihak untuk melaksanakan hak tersebut atau keperluan melaksanakan kewajipan tersebut pada bila-bila masa selepas itu dan juga pelanggaran pengecualian tidak boleh menjadi pengecualian bagi sebarang pelanggaran berikutnya. Tiada kegagalan dalam pelaksanaan, dan tiada penangguhan dalam pelaksanaan, ke atas salah satu pihak, mana-mana hak atau sebarang kuasa di bawah Perjanjian ini beroperasi sebagai pengecualian ke atas hak atau kuasa itu. Dan tiada mana-mana secara tunggal atau sebahagian daripada mana-mana hak atau kuasa di bawah Perjanjian ini menghalang perlaksanaan selanjutnya daripadanya atau mana-mana hak lain yang diberikan di sini. Sekiranya berlaku konflik antara Perjanjian ini dan sebarang pembelian yang berkenaan atau terma lain, terma daripada Perjanjian ini akan terpakai.

21. Pindaan Perjanjian
Think Quran berhak, berdasarkan budi bicaranya, untuk mengubahsuai atau menggantikan Perjanjian ini pada bila-bila masa. Sekiranya semakan adalah penting, kami akan memberikan notis pemberitahuan sekurang-kurangnya 30 hari sebelum sebarang terma baharu berkuatkuasa. Apa yang membentuk perubahan penting akan ditentukan berdasarkan budi bicara kami. Sekiranya anda meneruskan untuk mengakses atau menggunakan laman web / aplikasi kami selepas semakan yang dilakukan terlaksana, anda telah bersetuju untuk terikat dengan terma yang telah disemak. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan terma baharu, anda tidak lagi dibenarkan menggunakan Think Quran.

22. Keseluruhan Perjanjian
Perjanjian ini membentuk keseluruhan perjanjian antara anda dan Think Quran berkenaan dengan penggunaan laman web / aplikasi dan menggantikan semua perjanjian bertulis atau lisan yang terdahulu dan sezaman antara anda dan Think Quran. Anda juga tertakluk kepada terma dan syarat tambahan yang dikenakan apabila anda menggunakan atau membeli perkhidmatan Think Quran yang lain, yang mana akan disediakan kepada anda ketika penggunaan atau pembelian tersebut dilakukan.

23. Updates to Our Terms
Kami mungkin akan melakukan perubahan kepada Perkhidmatan dan dasar kami, dan kami mungkin perlu melakukan perubahan ke atas Terma ini supaya ia mencerminkan Perkhidmatan dan dasar kami dengan tepat. Melainkan dikehendaki oleh undang-undang, kami akan memaklumkan kepada anda (contohnya, melalui Perkhidmatan ini) sebelum kami melakukan perubahan terhadap Terma ini dan memberi anda kesempatan untuk menyemaknya sebelum ia berkuatkuasa. Seterusnya, sekiranya anda masih menggunakan Perkhidmatan ini, anda telah terikat dengan Terma & Syarat yang telah dikemas kini. Sekiranya anda menolak untuk bersetuju dengan Terma & Syarat yang telah dikemas kini, anda boleh memadamkan akaun anda.

24. Harta Intelektual
Laman web / aplikasi ini serta keseluruhan kandungan, ciri, dan fungsinya (termasuk tetapi tidak terhad kepada semua maklumat, software, teks, paparan, gambar, video dan audio, dan reka bentuk, pemilihan, dan susun atur daripadanya), adalah milik Think Quran, pemberi lesen atau penyedia bahan tersebut yang lain dan dilindungi oleh Malaysia dan hak cipta antarabangsa, tanda dagangan, paten, perdagangan rahsia dan harta intelektual yang lain atau undang-undang hak milik. Harta intelek tersebut tidak boleh ditiru, diubahsuai, dihasilkan semula, dimuat turun, atau diedarkan melalui apa-apa cara, secara keseluruhan atau sebahagian, tanpa persetujuan bertulis yang nyata daripada Think Quran, melainkan dan kecuali diperuntukan secara nyata dalam Terma & Syarat. Sebarang penggunaan yang tidak dibenarkan adalah dilarang.

25. Perjanjian untuk Timbang tara
Bahagian ini terpakai untuk sebarang pertikaian KECUALI IA TIDAK TERMASUK PERTIKAIAN BERKAITAN TUNTUTAN INJUKSI ATAU PELEPASAN YANG SETARA MENGENAI PENGUATKUASAAN ATAU KESAHIHAN HAK HARTA INTELEK ANDA atau Think Quran. Istilah pertikaian ini bermaksud pertikaian, tindakan, atau kontroversi lain antara anda dan Think Quran yang melibatkan Perkhidmatan atau perjanjian ini, sama ada dalam kontrak, jaminan, tort, statue, peraturan, ordinan, atau sebarang undang-undang atau asas saksama. Pertikaian akan diberikan maksud yang lebih luas yang dibenarkan undang-undang.

26. Notis Pertikaian
Sekiranya berlaku pertikaian, anda atau Think Quran mestilah memberi Notis Pertikaian kepada satu pihak, yang merupakan kenyataan bertulis lengkap dengan nama, alamat, dan maklumat untuk dihubungi oleh pihak yang memberi, fakta yang menimbulkan pertikaian, dan relief yang diminta. Anda mestilah menghantar sebarang Notis Pertikaian melalui emel di: hello@thinkquran.com. Think Quran akan menghantar sebarang Notis Pertikaian kepada anda melalui pos ke alamat anda jika ada, ataupun ke alamat emel anda. Anda dan Think Quran akan cuba menyelesaikan sebarang pertikaian menerusi rundingan secara tidak rasmi dalam tempoh 60 hari daripada tarikh Notis Pertikaian yang dihantar. Selepas 60 hari, anda dan Think Quran boleh memulakan pertimbangan.

27. Timbang tara yang terikat.
Sekiranya anda dan Think Quran tidak berjaya menyelesaikan pertikaian menerusi perundingan secara tidak formal, sebarang usaha lain untuk menyelesaikan pertikaian ini akan dilakukan dengan timbang tara yang terikat seperti yang dihuraikan dibahagian ini. Anda telah melepaskan hak untuk membicarakan (atau menyertai sebagai parti atau ahli kelas) semua pertikaian di mahkamah di hadapan hakim atau juri. Pertikaian akan diselesaikan mengikut timbang tara yang terikat mengikut timbang tara komersial daripada American Arbitration Association. Mana-mana pihak boleh mendapatkan bantuan pelepasan injuksi interim atau awal daripada mana-mana bidang kuasa mahkamah yang berwibawa, sebagai suatu langkah yang perlu untuk melindungi hak parti atau harta sementara menunggu lengkapnya proses perundingan. Semua undang-undang, kewangan, dan kos lain, yuran, dan perbelanjaan yang ditanggung oleh pihak yang berkuasa hendaklah ditanggung oleh pihak yang tidak menanggung.

28. Penyerahan dan Privasi
Sekiranya anda menyerahkan atau menghantar sebarang idea kreatif, cadangan, reka bentuk, gambar, maklumat, iklan, data, atau kertas cadangan, termasuk idea baru atau produk yang telah ditambahbaik, perkhidmatan, ciri, teknologi atau promosi, anda telah bersetuju dengan nyata bahawa penyerahan itu secara automatik diuruskan sebagai tidak sulit dan bukan milik anda dan akan menjadi hak milik Think Quran tanpa pampasan atau kredit untuk anda walau apapun. Think Quran dan rakan kerjasamanya tiada kewajipan ke atas serahan atau hantaran tersebut dan boleh gunakan idea yang terkandung dalam serahan atau hantaran tersebut atas apa-apa tujuan di mana-mana medium selama-lamanya, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, membangunkan, pembuatan, dan pemasaran produk dan perkhidmatan menggunakan idea tersebut.

29. Promosi
Think Quran akan, dari masa ke semasa, mengadakan pertandingan, promosi, cabutan bertuah, atau aktiviti lain, promosi yang memerlukan anda untuk menyerahkan bahan atau maklumat berkenaan diri anda. Sila ambil maklum bahawa semua Promosi akan dikawal oleh peraturan yang berasingan yang akan mengandungi syarat kelayakan tertentu, seperti terhad kepada had umur dan lokasi geografi. Anda bertanggungjawab untuk membaca semua peraturan Promosi untuk menentukan sama ada anda layak untuk mengambil bahagian. Sekiranya anda memasuki mana-mana Promosi, anda telah bersetuju untuk terikat dan patuh dengan semua Peraturan Promosi. Terma dan syarat tambahan akan terpakai terhadap pembelian barang atau perkhidmatan pada atau melalui Perkhidmatan, di mana terma dan syarat adalah dibuat berdasarkan Perjanjian ini sebagai rujukan.

30. Kesalahan Tipografi
Sekiranya terdapat kesalahan harga atau kesalahan maklumat ke atas produk dan/atau perkhidmatan yang tersenarai disebabkan kesalahan tipografi, kami berhak untuk menidakkan atau membatalkan mana-mana tempahan produk dan/atau perkhidmatan yang tersenarai yang mempunyai kesalahan harga. Kami berhak untuk menidakkan dan membatalkan sebarang tempahan seperti tersebut sama ada tempahan tersebut telah disahkan dan kad kredit anda telah dicaj. Sekiranya kad kredit anda telah dicaj untuk pembelian tersebut dan tempahan anda telah dibatalkan, kami akan memulangkan jumlah kredit yang dikenakan dengan segera ke atas akaun kad kredit anda atau ke akaun pembayaran yang lain.

31. Lain-Lain
Sekiranya atas apa-apa sebab mahkamah yang mempunyai bidang kuasa yang kompeten mendapati mana-mana peruntukan atau bahagian dalam Terma & Syarat ini tidak boleh dikuatkuasakan, selebihnya daripada Terma & Syarat ini akan terus berkuatkuasa dan dilaksanakan. Sebarang pengecualian daripada peruntukan Terma & Syarat ini akan berkuat kuasa hanya sekiranya dalam bentuk bertulis dan ditandatangani oleh wakil yang berkuasa daripada Think Quran. Think Quran berhak untuk melakukan injuksi atau equitable relief yang lain (tanpa sebarang kewajipan daripada menghantar sebarang bon atau penjamin) sekiranya berlaku perlanggaran atau jangkaan perlanggaran daripada pihak anda. Think Quran beroperasi dan mengawal Perkhidmatan Think Quran daripada pejabat di Malaysia. Perkhidmatan itu bukan bermaksud untuk diedarkan atau digunakan oleh mana-mana individu atau entiti di mana-mana bidang kuasa atau negara di mana pengedaran dan penggunaan tersebut akan bercanggah dengan peraturan atau undang-undang. Individu yang memilih untuk mengakses Perkhidmatan Think Quran daripada lokasi lain sewajarnya membuat sedemikian melalui inisiatif sendiri dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pematuhan undang-undang tempatan, dan setakat mana undang-undang tempatan terpakai. Terma & Syarat ini (termasuk dan melibatkan Dasar Privasi Think Quran) mengandungi pemahaman secara menyeluruh, dan menggantikan semua pemahaman terdahulu, antara anda dan Think Quran yang melibatkan subjeknya, dan tidak boleh ditukar atau diubahsuai oleh anda. Bahagian tajuk yang digunakan dalam Perjanjian ini adalah untuk kemudahan sahaja dan tidak akan diberikan sebarang import yang sah.

32. Penafian
Think Quran tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kandungan, kod, atau mana-mana ketidaktepatan lain. Think Quran tidak memberi jaminan. Think Quran does not provide warranties or guarantees.

Walau apa pun, Think Quran tidak bertanggungjawab untuk sebarang kerosakan khas, langsung, tidak langsung, berbangkit, atau kerosakan sampingan, atau sebarang apapun kerosakan, sama ada berlaku dalam kontrak, kecuaian, atau tort lain, yang berbangkit daripada atau dalam hubungkait berkenaan penggunaan Perkhidmatan atau kandungan dalam Perkhidmatan. Think Quran berhak membuat penambahan, pemadaman, atau pengubahsuaian dalam kandungan Perkhidmatan pada bila-bila masa tanpa pemberian notis awal. Perkhidmatan Think Quran dan kandungannya disediakan "sepertimana" atau "seperti yang tersedia" tanpa sebarang jaminan atau perwakilan di dalam apa jua bentuk, sama ada nyata atau tersirat. Think Quran adalah pengedar utama dan bukan penerbit kandungan yang dibekalkan pihak ketiga; seperti, Think Quran tidak mempunyai kawalan editorial ke atas kandungan tersebut dan tidak memberi jaminan atau representasi kepada ketepatan, kebolehpercayaan atau sebarang maklumat, kandungan, perkhidmatan, atau barang dagangan yang disediakan melalui atau boleh diakses melalui Perkhidmatan Think Quran. Tanpa menghadkan perkara di atas, Think Quran secara khususnya menafikan semua jaminan dan representasi dalam sebarang kandungan yang dihantar ke atas atau berhubungkait dengan Perkhidmatan Think Quran atau pada laman yang kelihatan sebagai pautan kepada Perkhidmatan Think Quran, atau dalam produk yang disediakan sebagai sebahagian daripada, atau melainkan berhubung kait dengan, Perkhidmatan Think Quran, termasuk tanpa had bagi sebarang jaminan keboleh dagangan, kesesuaian tujuan tertentu atau bukan larangan hak pihak ketiga. Tiada nasihat secara lisan atau maklumat bertulis diberikan oleh Think Quran atau mana-mana rakan kerjasamanya, pekerja, pegawai, pengarah, ejen, atau seumpamanya yang akan mewujudkan jaminan. Harga dan ketersediaan maklumat adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis. Tanpa menghadkan perkara di atas, Think Quran tidak memberi jaminan bahawa Perkhidmatan Think Quran tidak akan terganggu, tidak rosak, tepat pada masanya, dan bebas kesalahan.

Hubungi kami
Jangan teragak-agak untuk menghubungi kami jika anda mempunyai sebarang pertanyaan.
-Email:hello@thinkquran.com
-Web link: https://www.thinkquran.com/help